Monday 6 October 2014

Mealshakes + Omega (Set Brilliant)



Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi dan kelebihan Set Brilliant Shaklee kan......

Menurut seorang pakar bedah saraf berbangsa Rusia Prof. Pyoir Kuzmich Anokhin, neuron minda anak pintar berkeadaan lebih subur berbanding neuron otak anak kurang pintar. Neuron yang subur akan dapat diwujudkan melalui diet pemakanan yang sesuai dan mengandungi nutrien untuk menyuburkan saraf.




Unsur-unsur yang penting untuk perkembangan dan kesihatan otak ialah protein, asid lemak Omega-3, karbohidrat, bahan mineral dan vitamin. Sudah pastinya pemakanan dari sumber sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan wajib menjadi menu harian anak-anak. Namun kebiasaannya anak-anak kita sangat tidak menggemari makanan-makanan berkhasiat ini. Ini menjadi dilemma ibu bapa. Namun ada ’short-cut’ bagi masalah ini, iaitu dengan membiasakan anak-anak dengan pengambilan suplemen-suplemen merangsang minda yang mengandungi semua unsur-unsur di atas. Set Anak Pintar Shaklee yang terdiri dari Omega Guard Shaklee dan MealShake Shaklee terbukti mampu merangsang minda genius anak dan menyihatkan badan.

Pernah dengar DHA? Cuba perhatikan iklan-iklan dan kotak-kotak susu formula yang dijual di pasaran. Sebahagian daripadanya mengandungi DHA bagi tujuan meransang kepintaran anak. Kepentingan DHA dalam merangsang minda sudah lama dalam kajian kami.

Asid lemak Omega-3 mengandungi 2 komponen utama yang diaktifkan secara biologikal iaitu asid eicosopentaenoic (ERA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ERA merupakan komponen penting kepada tubuh manusia di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan jantung dan peredaran darah. 
Manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia, perkembangan otak dan fungsi mata.

Tahukah anda bahawa sumber terbaik Omega 3 ialah daripada sumber ikan?
Di sini kami ingin kemukakan satu hipotesis iaitu satu kenyataan yang belum diuji. Kegemaran penduduk-penduduk pantai timur yang suka makan ikan tongkol berkemungkinan merupakan satu pennyumbang kepada kecemerlangan negeri terengganu dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM untuk selama 4 tahun berturut-turut yang dinobatkan sebagai Negeri yang mencapai keputusan terbaik bagi seluruh Malaysia.
Pemilihan diet pemakanan yang betul dapat membantu menyuburkan otak seterusnya merangsang minda cemerlang.



Protein diperlukan oleh badan untuk membina sel baru, menyelenggara tisu dan mengawal fungsi sel sebanyak 22 asid amino yang berbeza diperlukan oleh tubuh. 13 asid amino dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui lemak, karbohidrat dan asid amino yang lain. Manakala 9 asid amino lagi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi melalui pemakanan. Bagi kepentingan bahagian otak, protein diperlukan untuk membina sel-sel otak khususnya bagi tujuan penghantaran mesej.

Karbohidrat merupakan salah satu unsur makronutrien yang penting untuk tubuh manusia. Secara umum karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama yang dapat diserap segera ke dalam sistem tubuh. Bagi perkembangan dan kesihatan mental, karbohidrat diperlukan untuk membekalkan glukosa kepada otak serta memberi tenaga kepada otak.

Vitamin membantu mempercepatkan penghasilan sel otak. Vitamin diperlukan bersama-sama protein, lemak dan karbohidrat sebagai pemangkin untuk proses perkembangan minda yang lebih efektif. Vitamin utama yang perlu bagi membantu perkembangan otak adalah terdiri daripada B kompleks (B1, B2, B3, B5, B6, B12) dan vitamin C. Selain baik untuk perkembangan otak, vitamin B kompleks juga perlu untuk membantu keseimbangan emosi, membina sistem imuniti tubuh yang kuat, membantu mengekalkan kesihatan tisu otak, saraf, kulit, rambut, hati dan mulut, sebagai antikanser dan mengurangkan tekanan.

Mineral juga tidak kurang pentingnya kepada manusia dan perkembangan otak. Ia membantu proses elektrokimia yang berlaku di dalam otak. Antara mineral yang penting untuk kesihatan minda ialah zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Magnesium sangat penting bagi setiap proses biokimia yang terjadi di dalam badan termasuk otak. Manakala kalium berperanan untuk mempergiatkan tindak balas biologikal dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel. Menurut kajian, zat kalium phosfat dan magnesium posfat boleh bertindak melambatkan kematian sel-sel otak.

Zat besi bertindak untuk mengangkut oksigen ke sel dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel. Zink juga berperanan penting di dalam mempercepatkan kadar metabolisma lemak dan karbohidrat di samping membantu pembinaan sel-sel penghantar mesej. Malah kekurangan zink juga boleh menjejaskan tumpuan anak terhadap pelajaran.

Namun pada zaman yang serba mencabar ini, bukan senang bagi ibu bapa menyediakan semua unsur-unsur nutrien pemakanan keperluan minda dengan juzuk yang tetap setiap hari. Kesibukan ibu bapa menyebabkan pemakanan seimbang penyubur otak sukar disediakan daripada sumber makanan harian.

Order Sini >>>> Set Briliant (Omega+MealShake)
or
Contact  Hanani 012-5287490
or
PM Luftiyah Hani (Anggun Putry)

Nak beli Omega or Mealshake sahaja pun boleh. Klik pada nama produk >>>Omega Guard or Mealshake

No comments:

Post a Comment